welcome


web stats

Popular Posts

Sejarah Perang Khaibar dalam Islam

Perang Khaibar berlaku dalam tahun 629 M antara Nabi Muhammad (SAW) dan pengikut baginda menentang penduduk Yahudi di oasis Khaibar yang terletak 93 batu (150 km) dari Madinah di Hijaz, Mengikut sumber-sumber Muslim, orang-orang Islam menyerang Yahudi yang berlindung di dalam kubu mereka.[4]
Sejarawan dan Orientalis berbangsa Scotland, W Montgomery Watt berpendapat bahawa Bani Nadhir, satu puak Yahudi yang menghasut orang Arab agar menentang Nabi Muhammad dan masyarakat Islam di Madinah, tinggal di Khaibar. LC Vaglieri, seorang Orientalis Itali, mendakwa bahawa serangan itu didorong oleh keinginan orang Islam untuk mengharumkan nama mereka serta mendapat jarah yang mungkin boleh digunakan bagi kempen-kemprn pada masa masa depan, mahupun beliau bersetuju dengan pendapat Watt tentang Bani Nadhir.[5][6]
Yahudi Khaibar menyerah kalah tetapi dibenarkan kekal menduduki Khaibar dengan syarat mereka menyerahkan setengah daripada hasil mereka kepada orang Islam. Orang Yahudi kekal tinggal di oasis itu buat beberapa tahun sehinggalah pada akhirnya mereka diusir oleh Khalifah Umar Farouk. Ufti yang dikenakan terhadap penduduk Khaibar menjadi contoh pembayaran jizyah oleh kaum dhimmi yang terkandung dalam hukum Syariah bagi orang bukan Islam yang tinggal di jajahan Islam.[5][7][8] Sebagai balasan, orang Kafir dibenarkan mengamal agama serta megurus hal ehwal masyarakat mereka, berhak mendapat perlindungan pihak berkuasa Islam daripada kekerasan luaran, dan dikecualikan daripada perkhidmatan tentera serta tidak dikenakan zakat, yang diwajibkan ke atas orang Islam.

Latar belakang

Khaibar pada abad Ketujuh

Dalam abad ketujuh Masihi, Khaibar dihuni Yahudi. Penduduk Khaibar menyimpan senjata —jentera kepungan, pedang, lembing, perisai dan perlatan lain— di dalam kubu mereka. Pada masa lampau para sarjana cuba menberi penjelasan tentang perlengkapan perang ini dengan menyarankan ia digunakan bagi menyelesaikan pertelingkahan antara keluarga-keluarga Yahudi dalam masyarakat Khaibar. Vaglieri mencadangkan bahawa lebih logik jika dianggap bahawa persenjataan itu disimpan bagi penjualan pada masa mendatang. Seiring dengan itu orang Yahudi menyimpan 20 bandela kain dan 500 jubah serta barangan mewah lain untuk dijual.[5]
Oasis dibahagikan kepada tiga kawasan: al-Natat, al-Shikk, dan al-Katiba, berkemungkinan besar disebabkan pembahagian alami seperti kawasan gurun, aliran lava dan kawasan paya. Pada setiap satu kawasan ini terdapat beberapa kubu yang mengandungi rumaha kediaman, tempat menyimpan barang dan kandang kuda. Setiap kubu pula didiami sebuah keluarga dan dikelilingi tanah pertanian dan ladang tamar. Bagi memperkukuhkan pertahanan, kubu-kubu tersebut dibina di tanah tinggi atau batu basalt.[5]

Bani Nadhir

Lihat juga: Bani Nadhir
Selepas diusir dari Madinah pada tahun 625 M, Bani Nadhir berpindah ke dan menduduki Khaibar. Pada tahun 627, ketua Nadhir, Huyaiy ibn Akhtab bersama-sama anaknya menyertai Quraisy Makkah dalam pengepungan Madinah.[9] Tambahan pula Nadhir mengupah suku kaum Arab agar memerangi orang Islam. Bani Nadhir menambah 2,000 orang tentera dan 300 tentera berkuda daripada Bani Ghatafan kepada pasukan Gabungan yang mengepung Madinah, dengan menyogok mereka dengan separuh daripada hasil tanaman mereka.[10][11] dan dengan cara yang sama juga berjaya memujuk Bani Asad menyertai perang terhadap orang Islam Madinah.[12] Mereka cuba mendapatkan Bani Sulaim bagi menyerang Muslim akan tetapi suku itu hanya dapat memberi 700 orang tentera, kerana ada di kalangan orang besar Salaim yang menyenangi Islam; Bani Amir enggan menyertai ekspedisi terhadap Madinah kerana perjanjian mereka dengan Nabi Muhammad.[13] Apabila pertempuran bermula (Perang Ahzab), Huyaiy ibn Akhtab memujuk Bani Quraizah melanggar perjanjian dengan Nabi Muhammad dan memerangi orang Islam dari dalam kawasan Madinah.[14] Selepas kekalahan pihak Gabungan dalam pertempuran Ahzab serta penyerahan kalah Bani Quraizah, Huyaiy (yang pada masa itu berada di dalam kubu Quraizah) dihukum bunh bersama-sama orang lelaki Quraizah. Selepas kematian Huyaiy, Abu al-Rafi ibn Abi al-Huqaiq menjadi ketua Nadhir di Khaibar. Tidak lama kemudian Al-Huqaiq mengumpulkan orangnya bagi menentang Nabi Muhammad.[15][16] Al-Huqaiq dibunuh orang Islam selepas niatnya diketahui.[17]
Al-Huqaiq diganti oleh Usair ibn Zarim. Satu sumber[18] menyatakan bahawa Usair juga berjumpa Ghatafan dan timbul khabar angin mengatakan bahawa Usair berniat menyerang 'ibu negeri [Nabi] Muhammad'.
Nabi Muhammad menghantar Abdullah bin Rawaha beserta beberapa orang Sahabat termasuk Abdullah bin Unais, sekutu Bani Salima, satu kaum yang bermusuhan dengan Yahudi. Apabila kumpulan ini berjumpa Unais, mereka melayannya secara baik dan menjemputnya melawat Madinah. Mereka terus melayannya sehinggalah beliau bersetuju pergi ke Madinah dengan iringan beberapa orang Yahudi. Abdullah bin Unays memberi tunggangannya kepada Unais sehinggalah mereka sampai di al-Qarqara, lebih kurang 6 batu (9.7 km) dari Khaibar. Usair menukar fikiran dan enggan meneruskan perjalanan. Abdullah dapat meneka niatnya semasa Usair menghunus pedang, justeru Abdullah menyerbu Usair. Kesemua Sahabat menyerbu orang Yahudi dan membunuh kesemua 30 orang Yahudi kecuali seorang yang berjaya melarikan diri.[19] Abdullah bin Unays ialah Sahabat yang menawarkan diri bagi membunuh Sallam ibn Abu al-Huqaiq dari Bani Nadhir, yang berjaya beliau bunuh dalam misi malam terdahulu.
Ramai pengkaji sejarah menganggap daya helah dan kelakuan Yahudi yang gemar berkomplot sebagai penyebab pertempuran di Khaibar. Watt berpendapat daya helah serta penggunaan harta mereka bagi menghasut suku-suku di Arabia supaya menentang Nabi Muhammad memberi pihak Islam tiada pilihan melainkan menyerang Nadhir.[20] Vaglieri bersetuju dengan menyatakan bahawa salah satu sebab serangan terhadap Khaibar ialah penglibatan dan peranan Nadhir dalam Perang Ahzab.[5] Shibli Numani juga melihat kepada tindak-tanduk Nadhir semasa Perang Ahzab, terutamanya tindakan ketua Nadhir, Huyaiy ibn Akhtab, yang pergi ke Bani Quraizah semasa pertempuran berlangsung bagi mendapatkan kerjasama mereka menentang Nabi Muhammad.[15]

Perjanjian Hudaibiyah

Lihat juga: Perjanjian Hudaibiyah
Pada tahun 628 M, orang Islam membuat perjanjian dengan pihak Quraisy semasa musim Haji.[21] Mahupun terdapat beberapa rungutan di kalangan pengikut Nabi Muhammad, perjanjian ini menamatkan peperangan antara Muslim dan musyrik Makkah. Namun, syarat-syarat Hudaibiyah dilihat oleh orang Islam biasa sebagai berat sebelah dan ini menjejaskan semangat mereka.[22]
Ada sarjana Barat berpendapat bahawa oleh sebab kewibawaan Nabi Muhammad tejejas oleh perdamaian Hudaibiyah, maka perlu satu tindakan yang dapat memulihkan keadaan. Justeru Perjanjian Hudaibiyah menjadi satu sebab mengapa Khaibar diserang – yakni serangan terhadap Yahudi dapat meningkat semangat orang Islam.[5][23][24][25]
Beberapa pengkaji beragama Islam pula berpendapat, sama dengan pendapat Watt, bahawa sifat angkuh Yahudi yang sentiasa mahu memerangi Nabi Muhammad menjadi penyebab Khaibar diserang. Orang Islam mencari persahbatan dan perdamaian dengan Yahudi yang mereka anggap sebagai 'Ahli Kitab'. Orang Islam mengharapkan penganut agama yang menolak penyembahan berhala akan membantu Islam memerangi Quraisy musyrik. Namun, usaha ini tidak berhasil dan sebaliknya Yahudi mengkhianati perjanjian yang mereka meterai dengan orang Islam. Menyedari kelakuan Yahudi yang gemar bermusuh, Nabi Muhammad beberapa kali menghantar perutusan yang memberi amaran kepada Yahudi agar menghentikan tindakan mereka.[26][27]

0 komentar: